Thursday, 3 September 2015

Iman
Unknown22:00 0 comments


Apa itu Iman? Maksud Iman ialah membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan diamalkan dengan tindakan (perbuatan). Pengertian Iman kepada Allah S.W.T. pula ialah membenarkan dengan hati bahawa Allah itu benar-benar ada dengan segala sifat keagungan dan kesempurnaanNya, kemudian pengakuan itu diikrarkan dengan lisan, serta dibuktikan dengan amal perbuatan secara nyata. Untuk menjadi seorang Mukmin,ketiga-tiga aspek tersebut perlu dipenuhi kerana jika salah satu daripada aspek tersebut tidak dipenuhi,maka cacatlah iman kita. Justeru, Iman ini sangat penting kerana syarat utama untuk mendapat ganjaran syurga ialah mempunyai Iman. Walaupun kita mempunyai Iman sebesar zarah,nescaya kita akan masuk syurga selepas segala amalan kita dihitung. Allah S.W.T. juga ada memerintahkan kepada semua manusia agar beriman kepada-Nya:
“Wahai orang-orang yang beriman. Tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya (Muhammad) dan kepada Kitab (Al Qur’an) yang diturunkan kepada RasulNya, serta kitab yang diturunkan sebelumnya. Barangsiapa ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasulNya, dan hari kemudian, maka sungguh orang itu telah tersesat sangat jauh.” (Q.S. An Nisa : 136)
Sayangnya Iman umat akhir zaman hanyalah sebesar kulit bawang. Oleh itu, kita sebagai umat Islam yang hidup pada akhir zaman hendaklah meningkatkan keimanan kita dengan mengerjakan amalan-amalan baik. Kita juga boleh meningkatkan keimanan kita dengan cara membasahi lidah dengan Zikrullah dan mengingati mati. In Shaa Allah keimanan kita pada Allah S.W.T. akan semakin teguh. 

In Category :

Soal Jawab bersama Ustaz
Unknown19:55 0 comments


In Category :

Kisah Nabi- Nabi
Unknown19:46 0 comments


In Category :

Solat Merupakan Tiang Agama
Unknown08:51 0 comments


In Category :